Memasukkan tandatangan di setiap post ~ Panduan Membina Blog

Memasukkan tandatangan di setiap post

Sesetengah blogger suka memasukkan tandatangan di dalam post mereka. Contoh tandatangan yang dimasukkan ialah seperti blog NANA+AMIRUL=DAMIA ini.

Untuk memasukkan tandatangan seperti ini, anda perlulah terlebih dahulu menyimpan imej tandatangan anda di internet cthnya gunakan imageshack atau photobucket, atau mana-mana image hosting yang boleh anda capai. Salin image link yang diberikan. cth: "http://img441.imageshack.us/img441/2145/signaturej.gif"

Langkah seterusnya adalah untuk memasukkan image link tersebut ke kod blog anda.

  1. Login ke akaun blog anda
  2. Klik pada Layout >> edit HTML
  3. Klik pada kotak expand widget template
  4. Cari kod <p class='post-footer-line post-footer-line-1'> atau seumpama dengannya. Gunakan shortcut ctrl+f untuk memudahkan carian
  5. Masukkan kod berikut di bawah kod tadi (Langkah 4) <img src='IMAGE URL' style='border: none; background: transparent;'/><br/>
  6. Gantikan IMAGE URL dgn image link yang anda salin sebelum ini. cth: <img src='http://img441.imageshack.us/img441/2145/signaturej.gif' style='border: none; background: transparent;'/> <br/>
  7. Preview dahulu sebelum simpan untuk elakkan sebarang masalah.
Selamat mencuba...

4 comments:

Nik Hassan bin Nik Pa berkata...

Salam, terima kasih diatas petunjuk anda. Walau pun agak rumit bagi saya tapi ianya berjaya

suhaimimd berkata...

Bagi mereka yang tiada asas html atau xml mungkin agak rumit, tp insyaAllah boleh berjaya. Kata pepatah Alah Bisa Tegal Biasa

Nana berkata...

wah tetiba plak blog saya jadi contoh hehehe

suhaimimd berkata...

Perkara yang baik jadikan teladan.. :)

Related Posts with Thumbnails