10 Langkah Mudah Memulakan Blog ... #3

assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lama juga saya tak dapat update blog ini kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Line internet pun kebelakangan ini agak perlahan.

7. Kekerapan. Berapa kerap anda menulis dalam blog anda? Selalu, kadang-kadang, atau jarang-jarang.. seperti kata P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang..Kata orang, blog seperti sebuah taman, perlu disiram selalu, tetapi kalau terlampau banyak disiram boleh menyebabkan pokok menerima air yang berlebihan dan seterusnya mati. Jangan membazir air.. Kalau 2-3 bulan baru nak siram sekali, pokok akan mengalami kekurangan air. Jadi hendaklah berpada-pada. Jangan sampai kehabisan idea untuk menulis blog anda

8. Trafik. Sebagaimana laman web lain, trafik adalah sangat diperlukan. Semakin banyak trafik, semakin bagus kepada anda. Berbagai cara boleh digunakan untuk menarik trafik ke blog anda seperti yang pernah saya perkatakan sebelum ini.

9. Statistik. Statistik diperlukan untuk mengukur prestasi blog anda. Ada sesetengah sistem blog telah mempunyai widget statistik. Bagi yang tiada bagaimana pula? Jangan susah hati, anda boleh menggunakan perkhidmatan statistik seperti StatCounter. Perhatikan statistik anda selalu bagi melihat pergerakan trafik blog anda. Apa yang dicari oleh pengguna? Dari mana mereka datang?

10. Jangan berputus asa. Penulisan blog bagi tujuan selain daripada personal, anda hendaklah tidak berputus asa jika keinginan untuk melihat blog anda berjaya tidak kesampaian. ianya memerlukan masa yang lama untuk berjaya. Ini bukan Skim Cepat Kaya. Usaha dan bertawakallah

10 Langkah Mudah Memulakan Blog ... #2

4. Plugin / widgets. Widgets adalah merupakan add-on atau tambahan yang boleh dimuatkan di dalam blog anda. Cuba semak platform yang anda gunakan dan cari widget yang bersesuaian untuk ditambah ke dalam blog anda

5. Komen. pastikan komen anda di'moderate' supaya anda dapat memantau apa yang dikatakan sebagai 'comment spam'. Cuba jawab komen-komen yang diberikan dengan positif

6. Kandungan Blog. Apakah isi kandungan blog anda? Cuba postkan kandungan yang relevan dengan 'target market' anda. Cuba bantu sesiapa yang memerlukan bantuan anda dengan menulis jawapan anda sama ada dalam komen atau bina satu tajuk perbincangan yang baru.

...bersambung

10 Langkah Mudah Memulakan Blog ... #1

1. Blog Platform. Paling mudah adalah dengan menggunakan platform percuma seperti blogger.com dan wordpress.com. Tetapi memandangkan ianya percuma sudah tentulah ada hadny. Ianya membataskan anda untuk mengubahsuai rekabentuk blog anda. Anda juga boleh menyewa hosting dan memasang perisian blog yang boleh dimuatturun secara percuma.

2. Nama / Tajuk. Apakah nama yang sesuai untuk blog anda? Fikirkanlah. Nama akan menentukan posisi blog anda, adakah ianya mampu menarik pembaca atau sebaliknya. Jika anda membina blog untuk perniagaan, pastikan nama blog bersesuai dengan produk atau nama syarikat anda.

3. Rekaan dan susunatur. Sesuatu yang cantik pasti akan menarik orang ramai untuk memandangnya. Apakah warna yang anda gunakan sesuai? atau menyakitkan mata? anda sendiri tentukannya. Mintalah pendapat kawan-kawan untuk menilai rekabentuk dan susunatur blog anda? lagi banyak komen yang membina lagi banyaklah idea untuk anda. Satu cara lagi ialah dengan melawat blog-blog lain untuk mendapatkan idea.

.....bersambung

Bagaimana Membuat Wang Dengan Blog? #2

Adsense merupakan satu kaedah pengiklanan yang dibawa oleh Google Inc. Kaedah sebegini semakin digunakan oleh pengiklan-pengiklan syarikat lain seperti Bidvertiser dan adhearus.
Setakat ini dari pemerhatian saya, Adsense dilihat paling berpotensi untuk menjadikan anda seorang marketer internet yang berjaya. Tetapi semuanya terpulang atas usaha anda sendiri. Adsense memaparkan iklannya berdasarkan content blog anda. Jika blog anda dalam bahasa melayu, sangat sukar untuk adsense memaparkan iklan yang bersesuaian. Oleh itu jika anda rasa ingin memasukkan Adsense ke dalam blog anda, isikanlah blog anda dengan bahasa inggeris, atau anda juga boleh campurkan bahasa dalam blog anda.
Setiap klik yang dibuat ke atas iklan adsense tersebut akan dikira (selagi tidak melanggar syarat oleh Adsense) dan setiap iklan itu juga mempunyai nilai pulangan yang berbeza. Perlu diingat, anda dilarang mengklik iklan adsense di laman / blog anda sendiri.

Sesetengah orang akan berusaha untuk mendapatkan apa yang dikenali sebagai "High Paying Keyword", dimana ianya adalah keyword yang apabila diklik, anda sebagai publisher akan dibayar dengan harga yang tinggi. Sebab itu lah, kekadang bila diperiksa statistik adsense anda boleh lihat, ada iklan yang berharga 1 sen, 10 sen, $1, dan pernah juga kedengaran dengan satu klik publisher boleh mendapat sehingga $100 lebih. Pernahkan anda yang otai dalam adsense ini mendapatnya??? kongsilah pengalaman anda di sini.

Related Posts with Thumbnails