Menambah fungsi Read More

Sesetengah laman berasaskan CMS mempunyai fungsi read more yang tersedia. Fungsi read more membolehkan anda memaparkan sebahagian daripada isi kandungan posting anda sahaja dan pelawat perlu klik pada butang read more untuk melihat artikel sepenuhnya.

Pengguna blogspot juga boleh menambah fungsi ini di dalam blog mereka. Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakan fungsi read more bagi platform blogspot:

  • Login ke akaun blogger anda.
  • Pilih Layout >> Edit HTML
  • Klik pada Expand Widget Template
  • Cari <data:post.body/> di dalam kod template. Jika anda menggunakan mozilla firefox, tekan ctrl+f, taipkan dalam ruangan find, kemudian tekan Enter
  • Padam <data:post.body/> dan gantikan dengan kod di bawah:
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<style>.fullpost{display:inline;}</style> <p>
<data:post.body/></p>
<b:else/>
<style>.fullpost{display:none;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'><br/>
<a expr:href='data:post.url'>Read More</a>
</b:if> </b:if>

  • Kemudian klik save atau anda boleh preview dahulu untuk mengujinya.
  • Jika semuanya berjalan lancar, klik pada Setting >> Formating
  • Scroll ke bawah sehingga anda jumpa Post Templates
  • Masukkan kod dibawah, kemudian klik save setting:

<span class="fullpost"> </span>
  • Untuk menggunakan fungsi ini, anda hendaklah menaip artikel/posting anda menggunakan Posting >> Create >> Edit HTML. Perkataan yang ditaip selepas <span class="fullpost">akan dapat dilihat jika pelawat klik pada read more.

Selamat mencuba.

Post Label

Post label digunakan untuk mengkategorikan posting anda. Dengan meletakkan label, pelawat yang mengunjungi blog anda akan lebih mudah mencari posting yang berkaitan. Apabila pelawat mencari sesuatu dengan menggunakan enjin carian seperti google atau yahoo, mereka mungkin akan menjumpai satu artikel di dalam blog anda. Jika pelawat itu suka akan isi kandungan artikel tersebut, terdapat kebarangkalian mereka akan mencari lagi artikel-artikel yang berkaitan dalam blog anda. Di sini anda akan dapati bahawa betapa pentingnya untuk melabelkan setiap posting anda.

Untuk memasukkan label ke dalam posting anda, anda hanya perlu taipkan label yang dikehendaki di dalam ruangan Label for this post yang terletak di bahagian bawah ruangan di mana anda menulis artikel tadi. Bagi artikel yang telah dipublish dan anda mahu meletakkan label secara pukal, klik pada Posting dan pilih Edit Post.

Pilih posting yang anda ingin ubah labelnya.
Klik pada Label Actions dropdown menu.
Pilih label yang ingin dimasukkan.
Anda juga boleh memilih untuk memasukkan label baru yang belum ada dengan klik pada New Label dan seterusnya taipkan label yang baru.
Jika posting tersebut telah mempunyai label, anda juga boleh membuangnya dengan klik pada Remove Label.

Memasang Code Box

Pernahkah anda cuba memasukkan code html ke dalam posting anda? Jika anda cuba menaipkkan <head> atau sebarang tag html ke dalam posting anda pasti akan dipaparkan mesej ralat atau kod itu tidak kelihatan apabila anda cuba publish post atau preview.

Untuk itu anda perlukan satu code box seperti di bawah:



pre
{
background:#eeeeee;
border:1px solid #A6B0BF;
font-size:120%;
line-height:100%;
overflow:auto;
padding:10px;
color:#000000 }
pre:hover {
border:1px solid #efefef;
}
code {
font-size:120%;
text-align:left;
margin:0;padding:0;
color: #000000;}
.clear { clear:both;
overflow:hidden;
}


Apa yang perlu anda buat hanyalah login ke akaun blogger anda, pilih Layout >> Edit HTML copy kod di atas dan paste kan sebelum ]]></b:skin>

Setiap kali anda hendak memasukkan kod ke dalam posting anda, taipkan <pre>Kod anda</pre>

Navigation Bar

Navigation Bar adalah satu frame yang terletak di bahagian atas blogspot secara default. Pada satu ketika kehadiran Navigation Bar ini mungkin mengganggu design blog anda. Navigation Bar ini boleh dihilangkan terus seperti blog ini, atau boleh disembunyikan dan dikeluarkan semula, atau anda juga boleh menjadikannya lutsinar.

Untuk menghilangkannya anda perlu melakukan langkah berikut:

  • Login ke blog anda dan pilih Layout > Edit HTML
  • Masukkan kod berikut selepas maklumat template
#navbar-iframe {
height:0px;
visibility:hidden;
display:none;
}

contohnya

-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name: Modi
Designer: Douglas Bowman
URL: www.stopdesign.com
Date: 26 Feb 2004
Updated by: § Suhaimimd § 02012009
----------------------------------------------- */

#navbar-iframe {
height:0px;
visibility:hidden;
display:none;
}
  • Kemudian Klik pada save template atau preview dahulu sebelum save
Untuk menyembunyikan navigation bar dan keluar semula bila mouse dihalakan ke bahagian atas blog anda, tukar kod tadi dengan kod ini:


#navbar-iframe{
opacity:0.0;
filter:alpha(Opacity=0)
}

#navbar-iframe:hover{
opacity:1.0;
filter:alpha(Opacity=100, FinishedOpacity=100)
}

Untuk menjadikannya lutsinar atau sebahagian lutsinar, gunakan kod berikut:

#navbar-iframe{
opacity:0.0;
filter:alpha(Opacity=100)
}

tukarkan nilai opacity:0.0 kepada kadar ketelusan yang anda kehendaki. Nilainya mestilah antara 0.0 hingga 1.0. Contohnya jika anda inginkan 50% lutsinar masukan 0.5.

Related Posts with Thumbnails