Bagaimana mencapai 'top 10 ranking' dalam Google dan Yahoo ?

Ramai orang boleh membina laman web atau blog sendiri, sama ada secara percuma atau berbayar. Tetapi ramai yang tidak tahu menguruskannya dengan efisyen. Konsep 'bina dan tinggal' tidak akan kekal lama. Banyak blog yang 'terbengkalai' kerana kekurangan pengunjung.

Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, pengunjung atau pelawat merupakan aset penting sesebuah laman web atau pun blog. Apa gunanya tempat pelancongan yang indah tanpa kehadiran pelancong. Tentulah membazir bukan? Walaupun anda membina laman anda itu untuk tujuan suka-suka sahaja tanpa memikirkan tujuan komersialnya, pengunjung masih menjadi agenda nombor satu yang tidak patut dipinggirkan. lainlah kiranya anda memang tidak mahu orang lain mengunjungi laman anda, sebagaimana blog yang disediakan oleh blogspirit, di mana anda boleh memasukkan kata laluan untuk mengunjungi blog dalam platform tersebut.

Jika kaedah atau cara yang saya utarakan sebelum ini masih gagal menampakkan hasilnya (laman anda masih tidak tersenarai dalam google / yahoo) anda boleh cuba menggunakan kaedah yang akan kita bincangkan ini.

Apa yang anda tahu mengenai singkatan perkataan SEO? atau Search Engine Optimization. Mungkin anda semua pernah mendengarnya, ianya berbeza dengan CEO :)

Tiga langkah mudah meningkatkan ranking anda:

1. Muat turun perisian IBP secara percuma dan pasang ke dalam komputer anda.

2. Jalankan perisian ini, masukkan URL laman anda kedalam bahagian Top 10 Optimizer

3. Ikut arahan yang disediakan selanjutnya di dalam perisian tersebut.


Perisian IBP ini dapat membantu anda di dalam berbagai aspek mempertingkatkan kedudukan anda di dalam engin carian / search engine

WordPress

Wordpress merupakan salah satu platform blog yang terkenal. Ramai para blogger menggunakan wordpress untuk menghasilkan blog mereka. Kebanyakan daripada mereka berpendapatan Wordpress merupakan sebuah sistem yang mudah dan cepat untuk dipasang.

masih ramai yang bertanyakan kepada saya, apa perbezaan wordpress.com dan wordpress.org?

Sebenarnya wordpress adalah satu "blog platform". WordPress.com merupakan satu pengendali laman blog percuma berasaskan WordPress. Manakala laman WordPress.org merupakan laman sumber berkaitan wordpress. Anda boleh memuatturun perisian wordpress ini daripada WordPress.Org dan memasangnya mengikut domain dan hosting anda sendiri.

Bagi wordpress.com, anda tidak perlu memasang blog tersebut, ianya telah sedia untuk digunakan apabila anda mendaftar. Ianya adalah sebagaimana laman blogspot.

Saya harap anda telah faham dengan perbezaan antara keduanya. Jika ada sebarang kemusykilan, bolehlah dikemukakan di bahagian komen.

Related Posts with Thumbnails