Capaian Terhad

Sesetengah daripada kita mungkin membina blog di blogger.com sebagai jurnal peribadi dan tidak mahu mendedahkan maklumat yang disimpannya kepada orang ramai. Atau, mungkin juga anda hanya ingin membenarkan orang tertentu sahaja melihat dan membaca blog anda.

Untuk berbuat demikian, dengan menetapkan di bahagian setting >> permisission. Dengan cara ini anda boleh menetapkan orang tertentu sahaja dibenarkan melihat blog anda. Apabila seseorang cuba melayari laman blog anda, ia akan meminta username dan password.

Anda juga perlu menetapkan bahagian setting >> Site Feed dan pilih None pada soalan “Allow Blog Feed?” kemudian "save setting"

Selain daripada itu, anda boleh mengubah meta tag dengan klik pada Template >>Edit HTML. Selepas perkataan <head> taipkan <meta name="robots" content="noindex,nofollow" /> Dengan cara ini, crawler robot @ search engine robot tidak akan meneruskan carian mereka.

Related Posts with Thumbnails