Menambah fungsi Read More ~ Panduan Membina Blog

Menambah fungsi Read More

Sesetengah laman berasaskan CMS mempunyai fungsi read more yang tersedia. Fungsi read more membolehkan anda memaparkan sebahagian daripada isi kandungan posting anda sahaja dan pelawat perlu klik pada butang read more untuk melihat artikel sepenuhnya.

Pengguna blogspot juga boleh menambah fungsi ini di dalam blog mereka. Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakan fungsi read more bagi platform blogspot:

• Login ke akaun blogger anda.
• Pilih Layout >> Edit HTML
• Klik pada Expand Widget Template
• Cari <data:post.body/> di dalam kod template. Jika anda menggunakan mozilla firefox, tekan ctrl+f, taipkan dalam ruangan find, kemudian tekan Enter
• Padam <data:post.body/> dan gantikan dengan kod di bawah:
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>

<data:post.body/>

<b:else/>

<data:post.body/>

<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>

Read More
</b:if> </b:if>

• Kemudian klik save atau anda boleh preview dahulu untuk mengujinya.
• Jika semuanya berjalan lancar, klik pada Setting >> Formating
• Scroll ke bawah sehingga anda jumpa Post Templates
• Masukkan kod dibawah, kemudian klik save setting:

• Untuk menggunakan fungsi ini, anda hendaklah menaip artikel/posting anda menggunakan Posting >> Create >> Edit HTML. Perkataan yang ditaip selepas akan dapat dilihat jika pelawat klik pada read more.

Selamat mencuba.

3 comments:

salleh berkata...

emmmm.. menarik. walaupun susah sikit nak paham.. tp bertambah juga ilmu saya. coz saya ni basic je yang ada. tu pun banyak bergantung pada blog2 macam ni. baru nak belajar ler katakan.. so klau ada senang2 lawat ler ke blog saya.. jgn lupa comment ok.
http://sallehsgerrard.blogspot.com

abg long berkata...

terima kasih atas ifo yg menarik ini...lawati blog saya http://zack-jeniangmai.blogspot.com/

fanta berkata...

nice tutorial...thumbs up..saya baru nak belajar..perlu juga pertolongan ni..kalo sudi2 ble bantu sya gak..tp bertambah jugak ilmu di dada ni..yq..

Related Posts with Thumbnails