Tips menarik pembaca blog anda #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat menyambut Maulidur Rasul 2007

Sebelum ini saya ada memperkatakan tentang tips menarik pembaca secara hebahan dalam enjin carian, email, sms, forum dan directory DMOZ.

kali ini saya ingin menambah direktori-direktori yang boleh anda gunakan untuk menghebahkan alamat blog anda. Antaranya ialah:

Happy blogging....

Bagaimana Membuat Wang Dengan Blog?

Persoalan bagaimana membuat wang dengan blog sering ditanya oleh orang ramai. Saya ada terbaca satu artikel bertajuk "How To Make Money With Your Blog" dari The Blog Squad yang menerangkan secara ringkas bagaimana menjana wang dari blog. Artikel dalam bahasa inggeris itu boleh dimuat turun melalui pautan ini. http://www.buildabetterblog.com/files/MakeMoneyWithYourBlog.pdf

Antara lain, artikel ini menyentuh mengenai:

  • Menjadikan penulisan blog sebagai satu profesion
  • Mempromosikan produk orang lain
  • Menjana wang dengan Google Adsense

Tips menarik pembaca blog anda

Semua sedia maklum bahawa blog yang dihasilkan adalah supaya ada pembaca. Kadang-kadang orang ramai tidak mengetahui kewujudan blog anda. Jika orang tidak tahu, macam mana orang nak buka blog anda. Jadi, anda perlulah berikhtiar untuk menghebahkan blog anda kepada umum.

Anda boleh gunakan berbagai cara untuk menghebahkan mengenai blog anda. Antaranya ialah:

Sehingga ketemu lagi. Salam sejahtera. Assalamualaikum

Tags

Tags berfungsi untuk memudahkan navigasi dalam usaha mencari maklumat dalam sesebuah blog. Dengan kata lain, tag adalah seperti satu kata kunci (keyword). Tag juga boleh disimpulkan sebagai kategori, dimana pembaca boleh klik pada tag yang dikehendaki dan hasil cariannya akan memaparkan tulisan yang ditanda dengan tag itu sahaja. Ini dapat memudahkan pembaca untuk mencari maklumat di dalam blog tersebut. Di dalam blogspot, tag juga dikenali sebagai label.

Komen

Tahukah anda bahawa komen sangat penting dalam sesuatu blog? Tidak kiralah sama ada blog itu blog bisnes atau berunsur personal, komen mampu memberikan impak yang lebih kepada capaian blog itu sendiri. kebanyakan blogger (penulis blog) akan merasa senang dan gembira jika blog mereka ada respon dari pembaca. Nak tahu kenapa? Jika ada respon, bermakna blog mereka telah dibaca oleh responder tersebut, dengan kata lain ada pembaca yang melawat blog tersebut dan secara langsung berinteraksi dengan anda sebagai penulis blog. Maka akan wujudlah satu interaksi dua hala antara penulis dan pembaca, serta interaksi antara pembaca dengan pembaca yang lain.
Antara kelebihan komen adalah:

  • Perbincangan mengenai apa yang anda tulis
  • Memudahkan pelanggan atau pembaca memberikan ulasan mengenai tulisan atau perbincangan yang sedia ada
  • Dalam bahagian komen terdapat ruangan pembaca mengisi alamat laman web mereka, dengan ini anda juga boleh melawat laman mereka secara terus

Bagaimana membina blog? #1: Blogspot

Jika anda seorang yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging, di sini saya akan menerangkan secara ringkas bagaimana untuk membina sebuah blog menggunakan perkhidmatan blogger.com. Mungkin dilain masa saya akan menerangkan langkah pembinaan blog dari perkhidmatan lain pula. Atau anda boleh minta dari saya untuk menerangkan pembinaan blog pilihan anda. InsyaAllah saya akan cuba tunaikan permintaan anda.

Langkah 1: Pergi ke laman Blogger. Klik butang 'create your blog now'


Langkah 2: Lengkapkan maklumat diri;

  • alamat email
  • kata laluan
  • nama yang akan dipaparkan - dikaki setiap pos.. posted by xxxxxx (namapaparan)
  • word verification - taipkan berdasarkan perkataan yang tertera. Contoh di sini: Boyla
  • Klikkan kotak tanda setuju dengan syarat yang diberikan

Setelah selesai, klik 'continue'

Langkah 3:
  • Isikan 'Blog Title' iaitu tajuk blog anda, contohnya: Panduan Membina Blog merupakan tajuk blog ini.
  • Blog Address: tentukan alamat blog anda, selepas memilih alamat yang anda inginkan, klik "Check Availability" untuk menentukan sama ada alamat pilihan anda telah berpunya atau belum. Jika ianya sudah berpunya, anda hendaklah memilih alamat yang lain.
  • Setelah selesai, klik butang 'continue'
Seterusnya anda hendaklah memilih template / rekaan blog yang disediakan, kemudiannya klik 'continue'
Maka dengan ini, anda telah berjaya mengikuti langkah-langkah membina blog dan juga berjaya membina blog anda sendiri.

Dilain masa, saya akan terangkan tatacara penggunaan / konfigurasi blog anda.
Sehingga jumpa lagi...

Pembaca blog anda

  • Adakah blog yang anda hasilkan mempunyai pembaca?
  • Siapakah sasaran pembaca yang anda harapkan?

Persoalan ini sangat penting kepada penulis blog. Antara tujuan membina blog atau laman web adalah supaya ada orang akan membacanya. Sebuah jurnal yang ditulis tapi tiada pembaca adalah tidak bermanfaat. Sebagai seorang penulis blog, cuba tarik perhatian pengguna internet agar membaca blog anda, oleh itu pastikan anda menulis sesuatu yang menarik perhatian atau sesuatu yang berguna kepada pembaca. Anda juga boleh menyelitkan sesuatu yang mungkin melucukan, ingatlah "Laughter is the best medicine"

Kelebihan menggunakan blog

Tahukah anda apakah kelebihan menggunakan blog berbanding laman web yang biasa?

  • Enjin Carian - Penggunaan blog lebih menarik minat enjin carian @ enjin gelintar @ search engine untuk mencari kandungan yang kemaskini.
  • Isi kandungan - Kandungan dalam sesuatu blog lebih cepat disebarkan berbanding laman web tradisional. Contohnya jika anda melanggan perkhidmatan daripada bloglines atau feedblitz, kandungan blog anda akan dikemaskini dengan segera dalam laman-laman tersebut
  • Pengetahuan pengaturcaraan web yang sedikit - Anda tidak perlu menjadi pakar bahasa pengaturcaraan web seperti html, php, atau asp untuk membangunkan blog anda sendiri. Anda boleh menggunakan laman blog percuma atau membina blog anda sendiri menggunakan perisian blog dari sumber terbuka
  • Maklumbalas daripada pembaca - dengan adanya kemudahan "comment", anda boleh mendapat maklumbalas daripada pembaca mengenai sesuatu topik yang diperkatakan
  • Anda juga boleh mengunjungi laman seperti www.bloggingsteps.com untuk mengikuti kaedah mudah membina blog anda sendiri

Apa itu blog?

Ramai lagi yang masih tertanya-tanya. Apa itu blog? Perkataan 'blog' sering keluar dari mulut pemimpin negara kita sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana ada pihak yang menyalahgunakan blog untuk tujuan tersendiri. Oleh kerana ada blog yang percuma dan mudah untuk didaftarkan, seseorang boleh mencipta pelbagai blog dalam masa yang singkat.
Berbalik kepada persoalan 'apa itu blog?', blog adalah singkatan daripada perkataan 'web log'. Mungkin anda biasa dengar dua perkataan ini. Contohnya buku log... atau buku catatan, jadi secara amnya web log @ weblog adalah buku catatan secara dalam talian (online). Sebagaimana sebuah diary yang ditulis setiap hari.

Dengan blog, anda boleh menyuarakan pendapat atau idea anda secara terus ke alam maya, dengan cara ini anda juga mampu membentuk satu komuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsian idea ini boleh menjana lebih banyak idea yang sudah tentunya banyak itu lebih baik daripada satu.

Kenapa saya memilih blog?

Pada masa sekarang, blog menjadi satu trend kepada komuniti internet. Kenapa blog? Kenapa tidak membina laman web menggunakan FrontPage(c) atau Dreamweaver(c)? Jawapannya mudah sahaja, blog adalah satu perkhidmatan yang tersedia (ready to make). Seseorang tidak perlu menguasai kemahiran mengarang web menggunakan bahasa html, php, asp dan sebagainya. Seorang yang baru berjinak dengan komputer pun boleh membina blog dengan hanya tiga langkah utama jika menggunakan perkhidmatan blogger.com. Satu lagi sebab ialah, ianya percuma tanpa diganggu oleh popup atau iklan-iklan oleh pihak "hosting" percuma.

Selain daripada itu, kandungan blog mudah dikemaskini tanpa memerlukan anda menyediakan fail web anda terlebih dahulu di dalam komputer peribadi sebagaimana web dalam format html. Ianya mudah dikemaskini dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet, di mana sahaja sepanjang masa 24/7.

Related Posts with Thumbnails