Adakah blog anda menerima pengunjung? ~ Panduan Membina Blog

Adakah blog anda menerima pengunjung?

Berbagai tips telah saya nyatakan di dalam blog ini untuk menaikkan trafik ke blog anda tetapi blog anda masih gagal menerima pengunjung yang anda harapkan. Adakah anda putus asa? Itulah jawapannya.... jangan mudah putus asa, blog yang cantik tidak menjamin trafik yang 'cantik'.

Apa yang penting adalah anda meneruskan usaha anda, menulis, menulis dan menulis. Tulislah sesuatu yang bermakna dan mampu menarik perhatian orang ramai untuk membaca. Adakala tulisan yang santai mampu menarik perhatian ramai.

Tapi.. pastikan tulisan anda itu relevan dengan blog anda.

Cuba untuk tidak copy and paste. Ini kerana anda akan mendapat persaingan yang sengit dalam hasil carian search engine. Apa yang saya perhatikan di dalam shoutbox saya, ada antara kita hanya copy paste content yang bagi saya tidak akan menarik orang ramai, jika itu yang anda inginkan. Malah saya pun menyampah dengan blog yang hanya bermotifkan adsense sahaja. Kalau ya pun anda ingin berkongsi maklumat yang disalin dari sumber lain, cubalah olah kembali maklumat tersebut menggunakan ayat anda sendiri.

Cubalah juga wujudkan jalinan rakan-rakan. Sekarang banyak aplikasi yang menjurus kepada jalinan yang dikenali sebagai 'social network' seperti twitter, multiply dan sebagainya. Cari rakan seramai mungkin.. Makin ramai kawan, makin banyaklah trafik yang anda akan dapat.

Apa yang penting....... kerjasama....seperti kata Wonder Pets....

Dan ..... jangan lupa tips2 saya yang terdahulu.

Kalau anda nak buat duit dengan blog anda, sertailah nuffnang (Asia Pacific’s First Blog Advertising Community) . Saya baru mendapat bayaran pertama sebanyak RM50.74. Walaupun tidak seberapa, inilah yang dikatakan sebagai buat duit dengan blog.

2 comments:

KHAIROL AZLI B. MOKHTARDIN berkata...

Salam .. saya tak pndai nk paste code kat template html utk tampal iklan dekat blog saya. Saya dah paste dekat html template saya bg iklan code nuffnang tu tp ada display tp error "Error matching blog to blogger entry." . Boleh tau knapa ya Thnks

suhaimimd berkata...

w'salam.. maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Saya sebenarnya tak perasan ada komen perlu di'moderate'kan.

En. khairol boleh masukkan kod tersebut ke dalam ruangan gadget (Add a Gadget)

Related Posts with Thumbnails