Post Label ~ Panduan Membina Blog

Post Label

Post label digunakan untuk mengkategorikan posting anda. Dengan meletakkan label, pelawat yang mengunjungi blog anda akan lebih mudah mencari posting yang berkaitan. Apabila pelawat mencari sesuatu dengan menggunakan enjin carian seperti google atau yahoo, mereka mungkin akan menjumpai satu artikel di dalam blog anda. Jika pelawat itu suka akan isi kandungan artikel tersebut, terdapat kebarangkalian mereka akan mencari lagi artikel-artikel yang berkaitan dalam blog anda. Di sini anda akan dapati bahawa betapa pentingnya untuk melabelkan setiap posting anda.

Untuk memasukkan label ke dalam posting anda, anda hanya perlu taipkan label yang dikehendaki di dalam ruangan Label for this post yang terletak di bahagian bawah ruangan di mana anda menulis artikel tadi. Bagi artikel yang telah dipublish dan anda mahu meletakkan label secara pukal, klik pada Posting dan pilih Edit Post.

Pilih posting yang anda ingin ubah labelnya.
Klik pada Label Actions dropdown menu.
Pilih label yang ingin dimasukkan.
Anda juga boleh memilih untuk memasukkan label baru yang belum ada dengan klik pada New Label dan seterusnya taipkan label yang baru.
Jika posting tersebut telah mempunyai label, anda juga boleh membuangnya dengan klik pada Remove Label.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails