Custom Domain ~ Panduan Membina Blog

Custom Domain

Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan domain anda sendiri? Apakah maksudnya? Saya sekarang menggunakan sub-domain daripada blogspot.com. Sub-domain ini menjadikan URL atau alamat blog saya ialah http://binablog2.blogspot.com. Tetapi saya boleh menukar alamat blog ini dengan menggunakan domain penuh seperti http://binablog.com atau http://panduanbinablog.com.my, tanpa penggunaan sub-domain blogspot.com.

Untuk mendapatkan domain anda sendiri, anda perlu menggunakan perkhidmatan web-hosting dan anda perlu membayar kos bagi domain-name tersebut. Anda boleh memilih nama-nama yang menarik untuk blog anda dengan perkhidmatan ini.

Setelah mendaftarkan domain-name, anda mengubah domain blogspot anda di bahagian Setting >> Publishing >> Custom domain.

Kos untuk domain name adalah sekitar RM40 sahaja untuk 1st level (.com/.net/.org ...) dan RM100 utk 2nd level (.com.my/.net.my .... ) selama setahun.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails