URL Submission ~ Panduan Membina Blog

URL Submission

Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenai kepentingan URL submission. URL Submission ni seolah-olah kita menghebohkan laman web kita kepada orang ramai melalui Search Engine. Sebab itu lah kadang-kadang bila anda cuba search engine untuk mencari laman web anda, anda tidak menjumpainya.

Search engine perlu diberitahu mengenai kewujudan website anda supaya apabila pengguna menggunakan search engine, search engine akan memasukkan maklumat web anda didalam senarai carian.

Untuk memberitahu search engine mengenai kewujudan web anda, anda boleh menggunakan cara manual satu persatu dalam earch engine tersebut atau anda boleh gunakan perkhidmatan ekspress. Contohnya http://www.submitexpress.com . Melalui submitexpress ini hanya perlu memasukkan alamat website anda, email dan kod pengesahan. Submitexpress akan memberitahu berbagai search engine mengenai kewujudan website anda. Anda mungkin perlu membuat pengesahan melalui email pengesahan yang dihantar kepada anda. Jangka masa untuk laman web anda dimasukkan di dalam senarai oleh search engine adalah berbeza. Ada yang memakan masa seminggu atau lebih.

Bagi pengguna Blogger, blog anda akan secara automatik akan dimasukkan ke dalam senarai google kerana google telah mengambil alih blogger. Tetapi anda masih perlu membuat submission untuk search engine yang lain.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails