Bagaimana meletakkan Title dan Meta Tags yang sesuai ~ Panduan Membina Blog

Bagaimana meletakkan Title dan Meta Tags yang sesuai

Tajuk atau TITLE merupakan perkara utama yang akan dicari oleh search engine. Tajuk biasanya akan menentukan isi kandungan laman web tersebut. Sebagaimana sebuah buku, apabila pembaca terlihat tajuk yang dicari sudah tentulah pembaca tersebut akan mebelek-belek buku tersebut untuk melihat isi kandungan selanjutnya.

<>Tajuk Web< /title>Bagi sebuah laman web tajuk akan dinyatakan dalam bahagian .... . Tajuk juga akan terpapar dibahagian atas peluncur internet anda.

META descriptions tag pula bolehlah diandaikan sebagai ringkasan atau summary bagi laman web. Bila anda tercari-cari buku tentang masakan atau petua tertentu, anda mungkin melihat kepada tajuk buku dan juga sinopsis di belakang buku. Itulah fungsi META description tag. META tags juga diletakkan dibahagian dengan contoh penggunaan < name="description" content="Berbagai petua berguna untuk merawat penyakit kencing manis">

Disamping itu terdapat juga META keyword yang berfungsi sebagai suatu yang lebih ringkas dari META description tadi. Contohnya < name="keywords" content="petua, kencing manis">">

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

hai terima kasih untuk postingannya,,bermanfaat sekali tuk saya..

Related Posts with Thumbnails