Memaparkan catatan dengan label wang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wang. Papar semua catatan

Adakah blog anda menerima pengunjung?

Berbagai tips telah saya nyatakan di dalam blog ini untuk menaikkan trafik ke blog anda tetapi blog anda masih gagal menerima pengunjung yang anda harapkan. Adakah anda putus asa? Itulah jawapannya.... jangan mudah putus asa, blog yang cantik tidak menjamin trafik yang 'cantik'.

Apa yang penting adalah anda meneruskan usaha anda, menulis, menulis dan menulis. Tulislah sesuatu yang bermakna dan mampu menarik perhatian orang ramai untuk membaca. Adakala tulisan yang santai mampu menarik perhatian ramai.

Tapi.. pastikan tulisan anda itu relevan dengan blog anda.

Cuba untuk tidak copy and paste. Ini kerana anda akan mendapat persaingan yang sengit dalam hasil carian search engine. Apa yang saya perhatikan di dalam shoutbox saya, ada antara kita hanya copy paste content yang bagi saya tidak akan menarik orang ramai, jika itu yang anda inginkan. Malah saya pun menyampah dengan blog yang hanya bermotifkan adsense sahaja. Kalau ya pun anda ingin berkongsi maklumat yang disalin dari sumber lain, cubalah olah kembali maklumat tersebut menggunakan ayat anda sendiri.

Cubalah juga wujudkan jalinan rakan-rakan. Sekarang banyak aplikasi yang menjurus kepada jalinan yang dikenali sebagai 'social network' seperti twitter, multiply dan sebagainya. Cari rakan seramai mungkin.. Makin ramai kawan, makin banyaklah trafik yang anda akan dapat.

Apa yang penting....... kerjasama....seperti kata Wonder Pets....

Dan ..... jangan lupa tips2 saya yang terdahulu.

Kalau anda nak buat duit dengan blog anda, sertailah nuffnang (Asia Pacific’s First Blog Advertising Community) . Saya baru mendapat bayaran pertama sebanyak RM50.74. Walaupun tidak seberapa, inilah yang dikatakan sebagai buat duit dengan blog.

Buat duit dengan blog

Salam sejahtera dan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang merayakannya.

Lama juga tak berkesempatan menulis dalam blog ini, bukannya offline tapi tak tahu nak tulis mengenai apa....

Sekejap tadi sambil menggelintar enjin gelintar (search engine), saya terjumpa satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama (26 sites that pay you to blog). Artikel berkenaan memaparkan info mengenai blog yang menawarkan sejumlah wang kepada penulis blog. Dengan kata lain, anda menulis blog, anda akan dibayar. Cara dan jumlahnya berbeza mengikut pihak yang menawarkannya.

Setelah meneliti kandungan dan komen-komen yang diberikan, berikut adalah senarai putih blog yang mampu menjana pendapatan untuk anda. Antaranya ialah:

  1. B5Media
  2. Blog For Bucks
  3. Payu2blog
  4. Get Paid From Us
  5. Weblogs Inc
  6. Squidoo
  7. Payperpost
  8. InBlogAds
  9. Helium
  10. CreativeWeblogging
  11. 451 Press
  12. About.com
  13. BlogBurner
  14. Blogitive
  15. Blogsvertise
  16. Blog To Profit
  17. CreamAid
  18. DigitalJournal
*Namun begitu, saya tidak bertanggungjawab atas kegagalan pihak berkenaan untuk menepati janji mereka.

Bagaimana Membuat Wang Dengan Blog? #2

Adsense merupakan satu kaedah pengiklanan yang dibawa oleh Google Inc. Kaedah sebegini semakin digunakan oleh pengiklan-pengiklan syarikat lain seperti Bidvertiser dan adhearus.
Setakat ini dari pemerhatian saya, Adsense dilihat paling berpotensi untuk menjadikan anda seorang marketer internet yang berjaya. Tetapi semuanya terpulang atas usaha anda sendiri. Adsense memaparkan iklannya berdasarkan content blog anda. Jika blog anda dalam bahasa melayu, sangat sukar untuk adsense memaparkan iklan yang bersesuaian. Oleh itu jika anda rasa ingin memasukkan Adsense ke dalam blog anda, isikanlah blog anda dengan bahasa inggeris, atau anda juga boleh campurkan bahasa dalam blog anda.
Setiap klik yang dibuat ke atas iklan adsense tersebut akan dikira (selagi tidak melanggar syarat oleh Adsense) dan setiap iklan itu juga mempunyai nilai pulangan yang berbeza. Perlu diingat, anda dilarang mengklik iklan adsense di laman / blog anda sendiri.

Sesetengah orang akan berusaha untuk mendapatkan apa yang dikenali sebagai "High Paying Keyword", dimana ianya adalah keyword yang apabila diklik, anda sebagai publisher akan dibayar dengan harga yang tinggi. Sebab itu lah, kekadang bila diperiksa statistik adsense anda boleh lihat, ada iklan yang berharga 1 sen, 10 sen, $1, dan pernah juga kedengaran dengan satu klik publisher boleh mendapat sehingga $100 lebih. Pernahkan anda yang otai dalam adsense ini mendapatnya??? kongsilah pengalaman anda di sini.

Bagaimana Membuat Wang Dengan Blog?

Persoalan bagaimana membuat wang dengan blog sering ditanya oleh orang ramai. Saya ada terbaca satu artikel bertajuk "How To Make Money With Your Blog" dari The Blog Squad yang menerangkan secara ringkas bagaimana menjana wang dari blog. Artikel dalam bahasa inggeris itu boleh dimuat turun melalui pautan ini. http://www.buildabetterblog.com/files/MakeMoneyWithYourBlog.pdf

Antara lain, artikel ini menyentuh mengenai:

  • Menjadikan penulisan blog sebagai satu profesion
  • Mempromosikan produk orang lain
  • Menjana wang dengan Google Adsense

Related Posts with Thumbnails