Tools berguna untuk blogspot

Pertamanya saya ingin memohon maaf kerana mencampur adukkan BM dgn BI. Mungkin kerana penggunaan perkataan tools lebih mudah difahami dari perkataan 'alatan'. Entahlah....

Feedblitz - Feedblitz menyediakan perkhidmatan feed secara percuma kepada pembaca blog anda. Anda boleh memasukkan butang langganan dengan mudah. Dengannya pembaca yang melanggan feed dari blog anda akan menerima post terbaru yang anda masukkan ke dalam blog terus ke email mereka.

Technorati - Technorati membolehkan anda mengisytiharkan dan menuntut hak terhadap blog anda dalam satu komuniti blogosphere yang sangat besar.

Ping-o-matic

Pernahkah anda menggunakan perkhidmatan ping-o-matic? Ping-o-matic adalah satu alatan yang sesuai digunakan untuk mengemaskini maklumat blog anda di dalam search engine. Dengan menggunakan satu borang yang ringkas, anda boleh memberitahu berbagai search engine bahawa blog anda telah dikemaskini.

Custom Domain

Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan domain anda sendiri? Apakah maksudnya? Saya sekarang menggunakan sub-domain daripada blogspot.com. Sub-domain ini menjadikan URL atau alamat blog saya ialah http://binablog2.blogspot.com. Tetapi saya boleh menukar alamat blog ini dengan menggunakan domain penuh seperti http://binablog.com atau http://panduanbinablog.com.my, tanpa penggunaan sub-domain blogspot.com.

Untuk mendapatkan domain anda sendiri, anda perlu menggunakan perkhidmatan web-hosting dan anda perlu membayar kos bagi domain-name tersebut. Anda boleh memilih nama-nama yang menarik untuk blog anda dengan perkhidmatan ini.

Setelah mendaftarkan domain-name, anda mengubah domain blogspot anda di bahagian Setting >> Publishing >> Custom domain.

Kos untuk domain name adalah sekitar RM40 sahaja untuk 1st level (.com/.net/.org ...) dan RM100 utk 2nd level (.com.my/.net.my .... ) selama setahun.

Related Posts with Thumbnails